Soalan LazimSemua tentang XBRL, SSM MBRS 2.0 dan FinTag
Tidak jumpa jawapan? Hubungi kami melalui WhatsApp — pasukan sokongan tempatan kami sedia membantu.
XBRL & SSM MBRS
Apa itu XBRL dan kenapa syarikat perlu memfailkannya?
XBRL (eXtensible Business Reporting Language) ialah format pelaporan kewangan digital. Bermula 1 Disember 2024, SSM Malaysia mewajibkan semua syarikat memfailkan penyata kewangan dalam format XBRL melalui MBRS 2.0.
Apa itu MBRS 2.0 dan bila ia menjadi wajib?
MBRS 2.0 (Malaysian Business Reporting System 2.0) ialah platform digital oleh SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk penyerahan elektronik penyata kewangan dan penyata tahunan. Bermula 1 Disember 2024, semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia dikehendaki menyerahkan penyata kewangan dalam format XBRL melalui MBRS 2.0. Ini menggantikan proses filing manual sebelumnya dan membolehkan pengawal selia memproses data kewangan secara digital.
Apa itu taksonomi SSMxT 2022?
SSMxT 2022 (SSM XBRL Taxonomy 2022) ialah taksonomi rasmi yang ditakrifkan oleh SSM Malaysia yang menetapkan semua elemen dan tag XBRL yang digunakan untuk pelaporan kewangan. Ia mengandungi ratusan item baris kewangan yang disusun mengikut standard pelaporan (MPERS, MFRS, CLBG, BNM). FinTag.my sentiasa dikemaskini untuk mematuhi versi taksonomi terkini, jadi anda tidak perlu menjejaki perubahan taksonomi sendiri.
Apakah itu SSM mTool?
SSM mTool ialah perisian percuma daripada SSM untuk menyediakan dan mengesahkan fail XBRL sebelum ia dimuat naik ke portal MBRS. Fail .zip FinTag dibuka dalam mTool, kemudian anda tekan Generate XBRL dan Save XBRL untuk menghasilkan fail penyerahan.
Menggunakan FinTag
Bolehkah fail zip FinTag dimuat naik terus ke portal MBRS?
Tidak. Buka zip FinTag dalam SSM mTool dahulu, tekan Generate XBRL dan Save XBRL, kemudian muat naik zip yang disimpan oleh mTool ke MBRS. mTool mengesahkan fail mengikut peraturan SSM sebelum penyerahan.
Format PDF apa yang disokong?
FinTag menyokong kedua-dua PDF digital (text-based) dan PDF scanned (image-based). AI OCR kami mampu membaca jadual penyata kewangan dengan ketepatan tinggi dari kedua-dua format.
Apakah jenis penyata kewangan yang disokong?
FinTag menyokong MPERS (untuk SME), MFRS (untuk syarikat besar), CLBG (Company Limited by Guarantee), dan BNM (Institusi Kewangan yang dikawal selia Bank Negara Malaysia). Kedua-dua laporan individu dan consolidated disokong.
Bolehkah saya semak data sebelum download XBRL?
Ya! Selepas AI extract data, anda boleh semak dan edit setiap item sebelum menjana fail XBRL akhir. Ini memastikan ketepatan 100%.
Apa bezanya FinTag berbanding membuat XBRL secara manual?
Tagging XBRL manual memerlukan pengetahuan pakar tentang taksonomi SSMxT 2022 dengan ratusan elemen kewangan, dan biasanya mengambil masa 2-8 jam per filing. FinTag.my menggunakan AI untuk mengautomasi keseluruhan proses ini dalam hanya 5-15 minit. AI OCR membaca PDF anda (termasuk dokumen scanned), mengekstrak semua data kewangan, dan memetakan setiap item ke elemen taksonomi XBRL yang betul secara automatik. Anda hanya perlu menyemak keputusan, membetulkan jika perlu, dan memuat turun fail XBRL yang sedia untuk diserahkan.
Adakah FinTag.my sesuai untuk firma audit?
Ya. FinTag.my menyokong model pasukan (team workspace) di mana firma audit boleh menguruskan pelbagai klien dalam satu akaun dengan token dikongsi. Sesuai untuk firma audit, setiausaha syarikat, dan akauntan yang menguruskan banyak klien.
Harga & token
Berapa harga untuk menukarkan PDF ke XBRL?
Bermula dari RM49.90 per filing. 1 token = 1 penyata kewangan. Pakej pukal tersedia dengan diskaun sehingga 25%. Token tiada tarikh luput.
Adakah token mempunyai tarikh luput?
Tidak. Token FinTag tiada tarikh luput. Setelah dibeli, token anda kekal dalam baki akaun sehingga digunakan. Ini sesuai untuk firma audit dan setiausaha syarikat yang mungkin mempunyai beban kerja filing bermusim — beli token secara pukal semasa tempoh luar puncak dan gunakan bila-bila masa diperlukan.
Bagaimana laporan disatukan (kumpulan) berfungsi?
Untuk penyata kewangan disatukan (kumpulan), FinTag menggunakan 2 token per filing berbanding 1. Tandakan kotak semak "Laporan Disatukan" semasa muat naik. Fail XBRL mengandungi kedua-dua lajur Kumpulan dan Syarikat seperti yang dikehendaki SSM; pasukan kami menyediakan angka Kumpulan bersama anda dan menyemaknya sebelum fail dikeluarkan.
Adakah pendaftaran akaun percuma?
Ya. Pendaftaran akaun percuma. Anda hanya membeli token apabila mahu memproses penyata kewangan — 1 token untuk 1 penyata, 2 token untuk penyata disatukan.
Keselamatan data
Adakah data saya selamat?
Ya. Semua data disimpan secara encrypted dan diproses dalam persekitaran selamat. Kami tidak berkongsi data anda dengan mana-mana pihak ketiga. Fail anda akan dipadam secara automatik selepas 30 hari.
Sedia untuk memfailkan XBRL dengan lebih pantas?
Daftar akaun percuma dan tukar penyata kewangan pertama anda hari ini.
Daftar Percuma WhatsApp